Empat warga asing disyaki bunuh pekerja pembersihan ditangkap polis

Dari Penulis

EMPAT lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian membunuh seorang lelaki di Bukit Gedung, Bayan Baru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima maklumat membabitkan mangsa seorang pekerja pembersihan pada pukul 11 malam.

Beliau berkata, mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring akibat cedera ditikam di badan dan disahkan meninggal dunia.

“Kesemua suspek berusia 31 hingga 45 tahun dan bekerja sebagai penjaga kedai runcit, operator kilang, pekerja pembinaan dan pekerja pembersihan ditahan di sekitar tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Berang isteri fail cerai, lelaki ugut bunuh pasangannya ditahan

Jelasnya, motif kejadian disyaki akibat dendam.

Mengulas lanjut, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad dan kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This