KETUA-KETUA UMNO bahagian dikatakan mengadakan perjumpaan tergempar pagi tadi bagi mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.
Memetik laporan Suara TV, jemputan itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Difahamkan, jemputan itu menyebut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas.
Baca artikel berkaitan: Kalau tidak mahu PH menang, UMNO dan Pas perlu ada persefahaman – Mohd Amar
Menurut sumber, antara pemimpin yang kelihatan hadir di Menara Datuk Onn itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Agenda perjumpaan tergempar itu dikatakan bermula sejak jam 11 pagi tadi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

