Dialog Group Berhad nafi Zainab terlibat dengan Alizes Marine Limited

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DAKWAAN Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Zainab Mohd Salleh terlibat dengan syarikat Alizes Marine Limited dinafikan syarikat Dialog Group Berhad.

Dialog Group Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, Zainab yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu bukan pemegang saham syarikat Alizes Marine Limited.

Jelas kenyataan tersebut, Zainab juga bukan isteri kedua kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

“Kami ingin memaklumkan bahawa CFO dan Setiausaha Syarikat Bersama, Zainab Mohd Salleh telah disalah anggap sebagai seorang pemegang saham Alizes Marine Limited.

“Beliau merupakan isteri kepada Dr Noor Azmi Mat Adenan, perunding ginekologi-onkologi di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC),” jelas kenyataan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Rafizi tersilap fakta, Zainab Mohd Salleh bukan isteri Abdul Latif

Dialog Group Berhad adalah penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu terkemuka kepada sektor huluan, pertengahan dan hiliran dalam industri minyak, gas dan petrokimia.

Syarikat tersebut melayani pelbagai pelanggan termasuk syarikat minyak multinasional, syarikat minyak nasional serta kejuruteraan multinasional dan pembekal perkhidmatan yang terletak di seluruh dunia.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Dialog Group Berhad telah berkembang secara organik dan melalui pakatan strategik dengan rakan kongsi teknologi yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Dialog Group Berhad adalah pemain global dengan kekuatan kakitangan sebanyak 2,500 orang.

Pencapaian global syarikat itu termasuk pejabat dan kemudahan di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, China, Australia, New Zealand, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran kira-kira RM18 bilion (Mac 2021). DIALOG telah dimasukkan ke dalam FBM KLCI pada Jun 2018.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This