‘Tiada…tiada’ – jawab PM ditanya laporan desakan campur tangan kes mahkamah

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan terdapat desakan untuk beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

“Tiada…tiada,” katanya ketika ditanya laporan sebuah media yang mengatakan ada perjumpaan khas melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO semalam, yang gagal mencapai kata sepakat bagi mendesak beliau campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau yang ditemui media selepas berucap pada majlis penutupan Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan Putrajaya turut ditanya mengenai ‘perjumpaan’ di Seri Perdana.

Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO berkata dalam perjumpaan itu, beliau diberikan taklimat mengenai status gerak kerja parti seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan di Perak.

“Timbalan Presiden sebut mengenai mesyuarat UMNO bahagian, persediaan parti ke arah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mengukuhkan parti,” katanya.

Mengenai laporan desakan ketua-ketua bahagian UMNO meminta PRU15 diadakan segera, Ismail Sabri berkata beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak hadir pada pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam.

Laporan media memetik Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai berkata majoriti ketua bahagian UMNO bersetuju supaya PRU15 diadakan secepat mungkin.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This