Johor terima peruntukan RM13 juta selenggara projek kos rendah dan pemasangan lif baharu – Onn Hafiz

Dari Penulis

KERAJAAN Johor menerima peruntukan sebanyak RM13 juta bagi menyelenggara projek perumahan kos rendah dan pemasangan lapan lif baharu bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf itu membabitkan kos sebanyak RM10.3 juta, manakala RM2.4 juta lagi diperuntukkan bagi mengecat PPR tersebut.

Beliau berkata Johor mempunyai 13 PPR dan tujuh Rumah Sewa Kerajaan (RSK) serta telah memohon peruntukan bagi menyelenggara dan membina sebuah lagi PPR di Larkin bagi menampung kependudukan yang semakin padat, selain mengecat semula bangunan berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah. Saya berpeluang berjumpa dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai sektor perumahan mampu milik di Johor.

“Selain itu, penyediaan rumah mampu milik kini akan diseragamkan dengan penubuhan semula Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dianggotai oleh Menteri Besar serta Ketua Menteri, ” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Baca lagi: Duta Perpaduan Johor perlu turun ke akar umbi – Onn Hafiz

Onn Hafiz berkata MPMMN antara lain akan mengambil maklum stok rumah tersedia, mengadakan indeks mampu milik negara, menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan memastikan pembinaan rumah berkualiti yang berdaya huni.

“Kami turut menyentuh tentang pengurusan sisa pepejal negeri ini yang melibatkan khidmat SWM Environment Sdn Bhd dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta cadangan ‘Eco Waste’ oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi mengurangkan lagi buangan sampah dan menggalakkan kitar semula.

“Semoga segala permohonan dan perancangan di peringkat negeri dan Persekutuan bagi menyediakan perumahan serta perkhidmatan yang berkenaan kepada Bangsa Johor akan dapat dilaksana, bagi menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor Datin Paduka Dr Suhailizan Suliman.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This