Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedang mengkaji untuk memodenkan lima lagi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata perubahan teknologi semasa memerlukan peningkatan kualiti prasarana penyiaran bagi memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada Keluarga Malaysia.

 “Kita masih mengkaji beberapa pendekatan yang bersesuaian untuk menampung kos memodenkan RTM Melaka, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan,” katanya pada sidang media sempena perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

 Terdahulu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan serta menamakan kompleks penyiaran baharu RTM Perlis itu sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baca lagi: RM200 juta bagi pembinaan tambahan 173 PEDi seluruh negara – Annuar

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri.

Annuar berkata pihaknya belum mengenal pasti kos bagi projek naik taraf lima RTM tersebut.

“Yang penting adalah pembangunan itu dapat dilakukan dengan cepat dan kita tidak tolak kemungkinan untuk melakukannya secara penswastaan dan tidak perlu menunggu peruntukan sepenuhnya daripada kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram