SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Seksyen Klang, atas pertuduhan merogol anak tiri.
Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, tertuduh berusia 51 tahun itu didakwa merogol anak tirinya semenjak berusia 10 tahun hingga mangsa berusia 14 tahun.
Beliau berkata, polis mula menerima aduan daripada mangsa pada 14 Ogos lalu.
Baca artikel berkaitan : Bapa kudung rogol anak OKU, dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan
“Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

