Bazaar Lokal buka peluang kepada para usahawan untuk berniaga di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Mall tanpa sebarang bayaran sewa.

Lebih menarik, usahawan juga mempunyai pilihan sama ada untuk berniaga sendiri barangan mereka di Bazaar Lokal atau meletakkan sahaja barangan mereka di situ.
Hal itu kerana Bazaar Lokal ada menyediakan perkhidmatan untuk membantu menjual barangan usahawan tanpa sebarang caj tambahan.
Produk-produk yang dijual di Bazaar Lokal juga akan dijual secara dalam talian dan semuanya diuruskan Baazar Lokal.
Dengan cara itu, usahawan bukan saja dapat menjual produk mereka melalui cara fizikal, tetapi juga melalui platform digital.
Bazaar lokal hanya mengenakan caj sebanyak 15 peratus sahaja bagi setiap produk yang berjaya dijual.
Selain daripada itu, Bazar Lokal tidak akan mengenakan mana-mana caj tersembunyi kepada usahawan yang berminat untuk menyertai Bazar Lokal.
“Seronok untuk menyertai Bazaar Lokal. Anda semua tidak perlu membayar sewa tapak untuk menjual produk-produk anda.
“Kita ada kakitangan untuk menjual dan mempromosikan barangan anda,” kata jurucakap Bazaar Lokal.
Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi Bazaar Lokal di 013-2277387.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

