MADANI Mart: Yuran mahal, berpotensi menjadi monopoli terselindung – Pemuda MCA Pahang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan perlu memberi penjelasan secara terperinci berhubung kontroversi melibatkan Yayasan MADANI dan model MADANI Mart.

Perkara itu menurut Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun kerana terdapat banyak persoalan mengenai konsep dan pelaksanaan operasi kedai itu.

Antaranya, kata beliau adalah mengenai yuran tinggi yang perlu dibayar untuk menyertai MADANI Mart.

“Di bawah MADANI Mart, usahawan bukan sahaja perlu membuka premis sendiri, mereka juga perlu membayar yuran yang tinggi kepada Yayasan MADANI sehingga mencecah RM420,000 untuk tempoh tiga tahun.

“Persoalannya, ini inisiatif membantu rakyat atau skim pelesenan yang menguntungkan pihak tertentu?

“Bagaimana sebuah entiti yang didakwa ‘bebas’ boleh beroperasi dalam ekosistem kerajaan dan pada masa sama mengutip yuran besar daripada usahawan?

“Bukankah ini jelas menimbulkan konflik kepentingan yang serius?” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Siew Mun berkata, usahawan yang menyertai MADANI Mart juga dilihat tidak mempunyai kebebasan dalam rantaian bekalan.

Hal itu menurut beliau kerana mereka hanya boleh mendapatkan stok daripada satu sumber sahaja iaitu Yayasan MADANI.

“Ini bukan lagi soal membantu peniaga kecil. Ini soal kawalan pasaran. Apabila satu entiti mengawal lesen, bekalan dan struktur operasi, kita tidak boleh lagi menutup mata dan menyebutnya sebagai inisiatif rakyat.

“Ini adalah satu model yang berpotensi menjadi monopoli terselindung. Maka beberapa persoalan asas mesti dijawab. Ke manakah perginya semua yuran yang dikutip?

“Adakah ia diaudit secara telus? Siapa yang benar-benar mendapat manfaat daripada model ini, rakyat atau pihak tertentu dalam ekosistem kuasa?

“Dan yang lebih penting, bagaimana individu yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan boleh dikaitkan secara langsung dengan struktur perniagaan seperti ini?” katanya lagi.

Siew Mun menambah, penjelasan mesti diberikan bukan sekadar kepada media tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, jika kerajaan benar-benar komited kepada ketelusan dan reformasi, maka isu seperti ini tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa jawapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This