Rafizi cuba kelirukan orang ramai, guna draf laporan – Abd. Latiff

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli cuba mengelirukan orang ramai berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS).

Abd. Latiff menegaskan, Rafizi telah menggunakan satu laporan forensik oleh Alliance IFA (M) Sdn. Bhd. sedangkan dokumen tersebut hanyalah draf yang tidak ditandatangani dan tidak dapat disahkan kandungannya.

Malah, Abd. Latiff mendakwa, laporan forensik sebenar yang ditandatangani Alliance secara jelas tidak menyebutkan bahawa ‘Zainab binti Mohd. Salleh’ merupakan isteri keduanya.

“Modal fitnah Rafizi adalah kononnya terdapat satu laporan forensik oleh Alliance kepada Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) yang mengiatkan saya dengan isu LCS.

“Rafizi juga membuat tohmahan bahawa saya mempunyai seorang isteri kedua bernama Zainab Binti Mohd. Salleh yang mendapat kontrak pertahanan puluhan juta ringgit semasa saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan. Jadi apa jua perbuatan Zainab, dikaitkan sebagai perbuatan salah laku saya.

Baca artikel berkaitan: ‘Isteri atau isteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Mohd Salleh’ – Abd. Latiff

“Rafizi bukan sahaja tidak jujur malah dengan sengaja membuat fitnah apabila menyembunyikan fakta bahawa terdapat laporan forensik sebenar yang ditandatangani Alliance yang secara jelas tidak menyebutkan bahawa Zainab ialah isteri kedua saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Latiff turut mencabar Rafizi untuk mengemukakan bukti sekiranya benar-benar yakin bahawa Zainab merupakan isteri keduanya.

Sebagai anggota Kabinet, Ahli Parlimen Mersing itu turut bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran yang diperkatakan.

“Saya berharap saudara Rafizi bersikap lebih jujur dalam berpolitik.

“Pembohongannya bukan sahaja menipu masyarakat tetapi juga menggugat keyakinan rakyat kepada pemerintah sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara bila mana penjelasan yang perlu dibuat mendedahkan rahsia aset pertahanan negara kepada pengetahuan umum,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This