KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia mulai Selasa ini sehingga 31 Disember depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia itu ditawarkan bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, e-baucar Program Jualan Malaysia itu boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Saya dimaklumkan, khusus untuk Parlimen Bera, insentif e-dompet sebanyak RM20 disediakan kepada 1,000 orang.
“Selain itu, e-dompet sebanyak RM100 bagi 1,500 kumpulan sasar terpilih dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bera. Terima kasih saya ucapkan kepada KPDNHEP,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) peringkat kebangsaan.
Baca artikel berkaitan: “Dakwaan PM ditekan supaya cepatkan PRU adalah bohong” Mahdzir
Mengulas mengenai ReDI, Perdana Menteri berkata, inisiatif yang dipelopori KPDNHEP itu merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.
Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan terus memastikan agenda digitalisasi menjadi tumpuan utama di semua peringkat termasuk memperluas kaedah pembayaran secara elektronik ke seluruh pelosok negara.
“Melalui usaha ini, kerajaan yakin peralihan kepada kaedah pembayaran elektronik seperti penggunaan e-dompet bukan sahaja mudah, cepat dan selamat tetapi juga membantu peniaga mengurus perniagaan mereka dengan lebih baik dan efisien.
“Saya difahamkan, inisiatif ReDI adalah salah satu program berimpak tinggi KPDNHEP bagi memastikan agenda digitalisasi khususnya penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna dan peniaga akan diperluas ke kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Bera,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

