Kemalangan maut melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda di LPT1.

EMPAT maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan pada awal pagi tadi. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda. 

Mereka yang maut ialah sepasang warga emas dan seorang remaja lelaki menaiki Proton Exora serta pemandu trak tunda. 

@utusantvofficial

Salam takziah. Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda pukul 3.26 pagi | 27 OGOS 2022. 📽️ Awam/Bomba. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #lpt

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan: Polis buru lelaki mabuk pecah cermin kereta abang

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena terbabas sebelum merempuh trak tunda yang sedang mengangkat Proton Exora rosak di tepi lebuh raya. 

“Proton Waja itu pula difahamkan berada di tepi jalan yang sama. Kemalangan menyebabkan Proton Exora jatuh ke gaung dianggarkan sedalam 40 kaki (12.19 meter),” katanya dalam kenyataan. 

Zulfadli berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram