Pejalan kaki maut dilanggar Bezza

Dari Penulis

SEORANG pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran susur keluar Wisma Tani pada 7.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 22 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pejalan kaki cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pejalan kaki maut dilanggar lari

Jelasnya, mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, kes kini disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis trafik Jalan Tun H.S.Lee di talian 03-20719999.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This