SEORANG lelaki yang bertindak mencedera dan menyamun seorang wanita di hadapan lif sebuah pangsapuri di Jalan Metro Perdana, Kepong ditahan pada petang semalam.
Suspek ditahan kurang 24 jam selepas mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis pada pukul 2.32 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa sedang berjalan keluar dari lif sebelum suspek menekup muka dan menarik mangsa ke tepi tangga dalam kejadian pukul 12.45 pagi.
Beliau berkata, suspek juga menumbuk muka mangsa secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan pendarahan di hidung dan bengkak di muka.
“Suspek kemudian menekup mulut mangsa sehingga pengsan lalu membawa lari wang tunai bernilai RM150,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Geladangan pukul, samun wanita dekat Klang diberkas polis
Susulan kejadian itu, mangsa menerima rawatan dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur.
“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kesan bengkak di bahagian muka dan pendarahan dalam kedua-dua belah mata,” katanya
Eng Lai berkata, suspek dengan bangsa tidak pasti berusia 35 tahun berjaya ditahan pada pukul 4 petang.
Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ialah negatif.
“Suspek ditahan reman lima hari sehingga Khamis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini untuk menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

