Mamat dedah masih dipantau AADK, rasa lebih tenang

Dari Penulis

BEKAS vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan dirinya masih berada dalam pemantauan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak ditahan akibat penyalahgunaan dadah pada September 2019.

Ujar Mamat atau Mohd Ali Kamarudin,44, selain berada di bawah pengawasan AADK cawangan Johor, dia juga perlu mengikuti program anjuran agensi berkenaan.

“Saya masih lagi dalam program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan AADK.

“Mereka akan Whatsapp dan saya akan pergi. Mereka tak melarang apa-apa. Insya-Allah, Alhamdulillah.

“Sebab kita pun tidak buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh.

“Apa pun tunggu mereka membuat penilaian dan baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya,” katanya memetik Harian Metro.

Jelas Mamat lagi, dia juga perlu memaklumkan semua jadual dan urusan kerja kepada pihak AADK.

“Mereka akan dapat detail secepat mungkin, apa yang berlaku kepada diri kita. Jadi tak susah kerana saya pun bukan orang tak kenal.

“Orang yang mereka tak tahu dia duduk, dia pergi mana. Itu lagi susah. Mereka tahu di mana saya ada, kat mana saya duduk. Itu lagi mudah.

“Alhamdulillah… dengan program dan konsert yang ada saya rasa karier lebih teratur.Saya dah buat persiapan untuk masa depan. Saya mahu berubah ke arah lebih baik. Kehidupan peribadi kita memang saya simpan.

“Namun kegiatan seni saya perlu dikongsi dengan peminat. Saya milik masyarakat dan tutup macam mana pun mereka akan tahu.

“Saya rasa lebih tenang dan relax. Saya pun dah berusia. Tumpuan saya penuh komitmen terhadap kerja-kerja saya,” ujarnya.

Terdahulu, Mamat ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menunggang motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakannya pada jam 11.30 malam kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Insiden berlaku sebelum Mamat terbabit menjayakan Konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019. Selain Shah Alam, konsert terbabit turut diadakan di Singapura pada 5 Oktober 2019.

Dalam perkembangan lain, Mamat membuat Konsert Resolusi Exists yang akan berlangsung pada 18 November depan di Zepp Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This