[VIDEO] “lentik-lentik jari tu…,” – Siti Nurhaliza sebak & bangga Aafiyah jadi pemain piano termuda

Dari Penulis

PENYANYI popular Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa bangga terhadap anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid yang berjaya membuat persembahan pertama menerusi sebuah konsert piano.

Ujar Siti, meskipun pada awalnya dia gementar memandangkan Aafiyah antara peserta termuda dalam kalangan pemain lain.

“Hari ini (semalam) Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila teacher kata Aafiyah ada konsert, ibu yang gementar sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu empat tahun dan takut dia panik (ibu saja over thinking sebenarnya).

“Bila makin dekat (hari konsert), ibu lagi gementar bercampur teruja.

“Hari ini (semalam) ibu rasa sebak ketika mula tengok Aafiyah buat persembahan. Ayah pun bangga saja bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tu (ada gaya kata Ayah).

“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku. Ibu dan Ayah selalu doakan ya. Terima kasih teacher yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ya. Tahniah untuk majlis hari ini (semalam),” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Menerusi entri sama, penyanyi Aku Bidadari Syrurgamu itu turut berkongsi video yang memaparkan Aafiyah sedang bermain piano.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian rakan selebriti yang memuji bakat seni Aafiyah.

“Aafiyah suka perform! Bestnya!,” komen penyanyi Ernie Zakri.

“Jari tu jari tu, geram mama Pom tengok. Ni level-level Meraung nyanyian Tomok. Nombor satu Aafiyah, kalau macam ni mama Pom last la dik. Pitam,” tulis Elly Mazlein.

“Paling muda, bijaknya,” kata Sharifah Shahira.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This