Laporan penuh kes kematian Adib dibentang ke Kabinet bulan depan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN penuh siasatan jawatankuasa khas kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, bulan depan.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Junaidi, kerajaan telah menerima laporan penuh daripada pihak jawatankuasa khas yang telah memulakan proses siasatan sejak 21 Disember 2021 itu semalam.

Beliau memberitahu, laporan jawatankuasa khas itu telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum 31 Ogos 2022.

Wan Junaidi berkata, laporan berkenaan telah mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan daripada pakar-pakar yang telah dilantik serta wakil kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

“Jawatankuasa khas ini juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti punca kematian termasuklah sesi temu bual saksi-saksi kes dan sesi penelitian dokumen-dokumen siasatan di war room jawatankuasa yang diadakan hampir setiap minggu.

“Selain itu, sesi rekonstruksi kejadian juga telah diadakan dengan semua agensi berkaitan bertujuan untuk membuat simulasi kejadian berdasarkan kepada rakaman litar tertutup (CCTV), rakaman-rakaman video serta keterangan daripada saksi-saksi kejadian,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Laporan siasatan isu kematian Muhammad Adib, Batu Puteh diketahui esok

Mengulas lanjut, Wan Junaidi turut berharap laporan itu dapat menjawab persoalan orang ramai berhubung insiden berkenaan.

“Kerajaan juga berharap agar laporan ini dapat dijadikan panduan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang kembali di masa hadapan,” jelas beliau.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes melibatkan Allahyarham Muhammad Adib.

Hari yang sama, Kabinet turut bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan Tommy dan menyemak semula undang-undang berhubung permohonan semakan serta pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Sebagai rekod, Muhammad Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 1028.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This