Datin Seri Rosmah Mansor GAMBAR: Abd Razak Aid

DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan kes rasuah membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya.

Isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang memakai baju kurung dan selendang kuning tiba di mahkamah pada 8.54 pagi. 

Kira-kira 50 pengamal media dari dalam dan luar negara mula berkumpul seawal 7 pagi bagi membuat liputan kes berprofil tinggi itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan menyampaikan keputusan sama ada Rosmah akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah.

Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Baca lagi: Keputusan kes rasuah Rosmah ‘bersalah atau dibebaskan’ diketahui esok

Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram