Polis terima laporan pengulas sukan diugut

Dari Penulis

Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu di media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan dibuat pada pukul 1 pagi tadi, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 dan beliau membuat laporan kerana ia mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.

Baca artikel berkaitan : Lelaki ditahan berhubung kes ugut Ketua Hakim Negara

“Pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara ‘Lee Zhi Jia’ semasa membuat ulasan dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’, dan pengadu syak perkara itu mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sebarang maklumat berkaitan kes ituboleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Hadi dengan menelefon 016-2745515.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This