Merdeka 65 tahun, Jalur Gemilang berkibar gah di Burj Khalifa

Dari Penulis

BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa tidak ketinggalan tampil mengibar Jalur Gemilang meliputi keseluruhan reka bentuk ikonik itu.

Detik indah tersebut dikongsikan sendiri oleh Burj Khalifa menerusia Facebook rasminya, malam tadi.

@utusantvofficial

Jangan lupa berdiri ye, lagu Negaraku ?. Terima kasih Dubai ?. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #merdeka65

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Malah, bukan sahaja kibaran Jalur Gemilang itu turut diiringi lagu Negaraku yang berkumandang di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi perkongsian tersebut, pihak Burj Khalifa mendoakan kesejahteraan dan kemajuan buat negara Malaysia.

“Malam ini kami nyalakan Burj Khalifa bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, kami mendoakan pertumbuhan dan kestabilan yang lebih pesat.

“Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat Malaysia,” tulis kapsyen itu.

Baca artikel berkaitan : Hari Kebangsaan 2022: Keluarga Malaysia serlah semangat teguh bersama

Perkara ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berterima kasih akan jasa baik pihak Burj Khalifa.

Tangkap layar komen Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata rakyat Malaysia turut berbangga akan kibaran Jalur Gemilang ini.

“Thank you from Malaysia! ?? Alhamdulillah,” tulis Sabba Murni

“Thank you Dubai. Menara yg cantik bergema lagu Kebangsaan..,” ujar Nor Aini.

“Thank you… Alhamdulillah, may Allah SWT bless Malaysia always….ameen,” kata Mohd Izham.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This