Ismail Sabri tak cerewet soal makan – Isteri

Dari Penulis

ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai seorang yang tidak cerewet dalam memilih makanan.

“Saya memang dah biasa dengan kesibukan dia dan bila dia balik apa yang ada dia makan saja. Dia memang tak banyak kerenah,” katanya kepada media selepas menyertai Program Memasak Citarasa Floria sempena penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, di Putrajaya hari ini.

Pada program berkenaan, Muhaini bersama isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datin Seri Shamsiah M. Yassin membuat demonstrasi masakan Nasi Minyak Teh Bunga dan Ikan Senangin Sambal Bunga Kantan.

Menurut Muhaini antara petua menjadikan masakan lebih enak ialah menggunakan air tangan sendiri dan memasak dengan ikhlas. 

“Pertama, petua air tangan memang tak boleh dinafikan. Kedua, kena buat sesuatu dengan kasih sayang. Kalau kita masak atau apa benda semua, (buat dengan) ikhlas dan dengan kasih sayang, insya-Allah,” katanya.

Muhaini Zainal Abidin diiringi Shamsiah M Yassin melawat Floria Diraja Putrajaya 2022 dan turut menyertai Program Memasak Citarasa Floria./Gambar FB PPJ

Mengenai penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2022, Muhaini berkata beliau teruja dapat merasai kemeriahan festival berkenaan serta melihat sendiri bagaimana acara itu menghimpunkan Keluarga Malaysia dari seluruh negara. 

“Di sini kita nampak Keluarga Malaysia bersatu-padu dan menikmati keindahan dan keamanan Malaysia.

“Keluarga Malaysia maknanya satu keluarga yang berhimpun untuk hidup dalam berkasih sayang dan mencintai antara satu sama lain, barulah kita boleh aman atas dunia ini,” katanya.

Festival edisi ke-12 bertemakan Floria Hebat dan orkid sebagai bunga tema itu, membuka tirai kepada pengunjung sejak Isnin lepas (29 Ogos) hingga 4 Sept ini.  

Kira-kira 10,000 pokok orkid dan 400,000 tanaman pelbagai spesies ditampilkan pada festival tersebut.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rakyat Malaysia dinasihat elak kawasan demonstrasi di pusat bandar Jakarta

RAKYAT Malaysia yang berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk urusan perniagaan atau pelancongan dinasihatkan supaya menghindari lokasi demonstrasi di beberapa...

More Articles Like This