Kemalangan melibatkan sebuah Proton Persona dan Toyota Vios, pagi tadi.

SEORANG anggota polis berpangkat koperal cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Antara Gapi, 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku sewaktu koperal yang berusia 37 tahun sedang memandu Proton Persona dari Gombak menghala ke Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Beliau berkata, koperal terbabit telah memotong kenderaan di hadapannya sebelum datang Toyota Vios dari arah bertentangan dan tidak sempat mengelak lalu berlanggar.

“Susulan kemalangan itu, pemandu Toyota Vios berusia 25 tahun cedera parah di kaki dan dibawa ke Hospital Selayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pegawai polis maut dalam perjalanan ke balai

Katanya, pemandu Toyota Vios dari arah Kuala Kubu Bharu ke Serendah.

“Koperal terbabit mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi rawatan lanjut,” katanya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987″.

Sehubungan itu, Suffian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan untuk tampil salurkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram