Pekerja kilang berjaya dalam rayuan, bebas sabitan rogol gadis bawah umur

Dari Penulis

Seorang pekerja kilang yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan kerana merogol gadis bawah umur, berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Nordin Hassan dan Datuk See Mee Chun membenarkan rayuan terakhir Muhammad Arfahsyar Ishak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas kesalahan itu.

Hakim Hadhariah, yang menyampaikan keputusan mahkamah, melepas dan membebaskan Muhammad Arfahsyar selepas memutuskan bahawa mangsa bukan saksi yang boleh dipercayai kerana terdapat percanggahan ketara dalam keterangannya semasa perbicaraan.

Peguam G. Ravishankar berhujah bahawa mangsa, yang kini berusia 23 tahun, bukan saksi yang boleh dipercayai dan telah membuat laporan polis untuk menarik balik aduannya yang dibuatnya pada 2019.

Baca artikel berkaitan : Kes rogol bawah umur meningkat, ramai saling kenal di media sosial

Beliau berkata gadis itu juga telah menghantar pesanan teks kepada anak guamnya memohon maaf dan menambah bahawa laporan pertama dibuat dengan harapan Muhammad Arfahsyar akan mengahwininya.

Ravishankar berkata gadis itu memberitahu doktor yang memeriksanya bahawa laporan polis pertama dibuat kerana Muhammad Arfahsyar telah menemui teman wanita baru dan tidak membalas pesanan teksnya.

Muhammad Arfahsyar, 31, didakwa merogol gadis itu yang ketika itu berusia 15 tahun sembilan bulan di sebuah hotel di Bedong, Kedah pada jam 3 petang, 5 April 2014.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 13 Nov 2017 dan dijatuhi hukuman 15 tahun dan enam sebatan rotan.

Setelah mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi pada 19 Dis 2018 menolak rayuannya atas sabitan tetapi membenarkan hukuman dikurangkan kepada lapan tahun penjara dan lima sebatan rotan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This