Seorang wanita warga tempatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kematian bayi lelaki berusia enam bulan baru-baru ini, akan dituduh di Mahkamah Ampang, Kuala Lumpur, Isnin depan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis sedang giat mengesan seorang lagi individu yang masih bebas iaitu suami suspek, Mohamad Ruzem yang merupakan warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Bayi lelaki 6 bulan maut, ibu ditahan, bapa diburu polis
Pada Sabtu lepas, pegawai perubatan Hospital Tunku Azizah telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang Isnin lepas.
Hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian paha kanan dan kening mangsa, disyaki berlaku unsur penderaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

