RM1.3 bilion diperuntuk bagi projek tebatan banjir di Kedah – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion bagi melaksanakan tujuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi meminimumkan kesan banjir di Kedah.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) itu termasuk di Sungai Pendang; Sungai Kedah/Anak Bukit; Baling, Kuala Pegang dan Bandar Jitra Selatan.

“Sebanyak RM239 juta juga diperuntukkan bagi pembinaan rangkaian sistem pembetungan di seluruh Kedah, merangkumi 28 loji kumbahan awam dan 16 loji kumbahan di premis kerajaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah di Stadium Darul Aman di Alor Setar hari ini. 

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

Jelajah AKM Negeri Kedah merupakan edisi kesembilan AKM selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor. 

Sementara itu, kata Perdana Menteri bagi kelancaran aliran trafik dan meminimumkan tempoh perjalanan, kerajaan membelanjakan RM425 juta untuk menaik taraf laluan tujuh dari persimpangan Lencongan Barat ke persimpangan Tiga Kemboja, di Alor Setar.

Selain itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM526 juta untuk menaikkan taraf jalan
persekutuan Gerik/Kupang/Lunas

“Kerajaan juga akan menggantikan Jambatan Manjalara di Kota Setar yang telah uzur, dengan jambatan baharu bagi memastikan lalu lintas lebih sistematik, untuk kemudahan
Keluarga Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan sentiasa peka dan prihatin akan kepentingan jalinan jalan raya yang sempurna untuk memudahkan Keluarga Malaysia khususnya di negeri Kedah untuk
menjalankan kegiatan harian dengan selamat dan selesa.

Dalam ucapan itu juga, Perdana Menteri menegaskan Kedah tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat dengan banyak pelaksanaan projek strategik berimpak tinggi dilaksanakan di negeri ini.

Baca: AKM Kedah: Ramai pakat mai beli pek ayam seekor, beras 5 kg yang ditawar pada harga RM10

Projek pembangunan berintegrasi bakal ubah landskap sosioekonomi Yan – PM

Antaranya seperti Kedah Rubber City yang akan melonjak nilai dagangan dan menjadikan Padang Terap sebagai bandar sempadan utama negara, serta Projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Jana Kuasa Pulau Bunting, di Yan.

“Sesungguhnya menjadi agenda kerajaan untuk membangunkan seluruh pelosok negara, termasuk di Kedah, bagi memastikan tiada ahli Keluarga Malaysia yang terpingggir daripada nikmat pembangunan negara,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kerajaan bersetuju mengkaji pembinaan laluan empat lorong dari Pokok Sena ke Bandar Durian Burung.

Katanya, perkara tersebut merupakan perancangan kerajaan bagi mempergiatkan pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia – Thailand.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This