Kementerian Kewangan komited sokong sektor peranti perubatan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kewangan komited untuk terus menyokong industri peranti perubatan yang disifatkan salah satu sektor pertumbuhan utama menerusi Bajet 2023 tidak lama lagi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sektor peranti perubatan telah mencipta 39,000 peluang pekerjaan sejak tahun 2017 hingga 2021.

Menurut beliau, sektor tersebut juga telah menyumbang kepada jumlah eksport sebanyak RM41.3 bilion tahun lalu.

“Daripada 30 pemain industri peranti perubatan terbesar di dunia, 10 beroperasi di Malaysia termasuk di Pulau Pinang.

“Pada tahun 2021, sebanyak RM7.7 bilion jumlah pelaburan telah ditarik oleh sektor ini merangkumi beberapa syarikat yang telah beroperasi di Bayan Lepas selama sehingga 50 tahun dan syarikat yang sedang dalam proses membina kilang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Kejayaan syarikat peranti perubatan yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tidak perlu diragukan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul memaklumkan beliau telah pun berkesempatan mengadakan sesi jelajah Bajet 2023 ke Pulau Pinang baru-baru ini dalam usaha mendapatkan pandangan dan cadangan daripada Kerajaan Negeri; pihak industri dan akar umbi.

Baca artikel berkaitan: 5G: TM, YTL sedia meterai perjanjian langgan saham DNB, MNO – Tengku Zafrul

Katanya, ia dalam usaha kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara.

Tengku Zafrul bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut mempengerusikan sesi dialog bersama lebih 20 pemain industri peranti perubatan.

Beliau turut mengadakan sesi libat urus dengan beberapa syarikat teknologi pertumbuhan tinggi selaras dengan penubuhan Kertas Konsultasi Awam mengenai Bajet 2023 bertajuk ‘Dasar Penggunaan Barangan, Perkhidmatan dan Teknologi Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan’.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul turut mengadakan dialog dengan pengasas dan pengurusan The Habitat di Bukit Bendera bagi mendapatkan status terkini program ‘UNESCO Man & the Biosphere Reserve’ yang merupakan salah satu penerima peruntukan di bawah Bajet 2022.

“Dengan peruntukan tersebut, ia telah berjaya menambahbaik usaha untuk menerapkan konsep ekonomi kitaran sebagai asas kepada pembangunan eko-pelancongan lestari di Malaysia.

“Sokongan kepada industri eko-pelancongan merupakan strategi serampang dua mata untuk memelihara khazanah alam semula jadi negara dan pada masa yang sama menyasarkan pelancong bernilai tinggi,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This