UMNO, Pas gesa
Mesyuarat Muafakat Nasional./ Gambar FB UMNO Online

PAS dan UMNO telah melakukan ‘rundingan gelap’ untuk menentang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara satu lawan satu.

Itu pendedahan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang mengakui rundingan itu dilakukan antara partinya dengan pemimpin tertentu UMNO.

Menurut Hashim, Pas mahu memberi isyarat jelas kepada UMNO bahawa musuh sebenar yang perlu diberi perhatian adalah PH dan bukannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Nak bagi Umno sedar siapa kita nak lawan. Dia bukan Umno lawan PAS, lawan Bersatu, bukan begitu.

“Kalau boleh berpakat, kita berpakat,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today ketika ditanya rundingan MN antara dua parti itu seperti yang disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, 4 September lalu.

Terdahulu, Takiyuddin mengesahkan mengenai rundingan tersebut tetapi enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam UMNO perbincangan itu berlaku.

Begitpun, katan Takiyuddin, pemimpin terlibat mempunyai jawatan dan berkeupayaan untuk mempengaruhi keputusan pucuk pimpinan UMNO.

Baca lagi: PAS perlu tembusi benteng pisahkan parti dengan bukan Islam

Mengulas lanjut, Hashimm turut mendakwa terdapat pemimpin atasan UMNO menolak penyatuan Muafakat Nasional (MN) sedangkan peringkat akar umbi parti itu mahukan penyatuan tersebut.

Katanya, hanya ada seglintir pemimpin UMNO yang diketahui secara jelas menolak MN dan menyerahkan kepada pemimpin atasan UMNO untuk membuat keputusan.

“Yang ada seorang kita kenal (tak mahu MN), dia yang sebut begitu. Adakah…(suara) majoriti atau akar umbi dalam Umno sama dengan apa yang dicakapkan tu.

“Sekarang ni kita merasai akar umbi Umno nak kepada perpaduan tu, terpulang kepada pemimpin dia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram