Saya cuma berhenti dari Pas, bukan keluar, kata Khairuddin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TERDAPAT perbezaan antara maksud ‘keluar’ dan ‘berhenti’ dari parti dalam Perlembagaan Pas.

Itu penegasan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memaklumkan beliau hanya berhenti daripada parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, beliau akan terus memperjuangkan cita-cita Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Pas walau di mana pun beliau berada.

Saya akan terus memperjuangkan cita-cita menyatukan umat Islam khususnya antara Pas dan UMNO sebagaimana keputusan Majlis Syura Ulamak 2015.

“Ia juga sebagaimana roh perjanjian Muafakat Nasional yang ditandatangani pada 14 September 2019 dengan linangan air mata ahli-ahli Pas dan UMNO.

Selain itu, ia juga sebagaimana semangat keputusan muzakarah Majlis Syura Ulamak pada 30 Disember 2021, 13 hari sebelum saya digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang baru dilantik dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulamak sebulan selepas itu pada 21 Februari 2022 bagi menjaga keharmonian perlembagaan Pas,” katanya.

Baca lagi: Hashim dedah UMNO dan Pas ada konspirasi lawan PH

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, beliau tidak pernah mengkritik Pas dan idea perjuangan parti itu tetapi sebaliknya hanya menegur tindak tanduk beberapa pemimpin secara umum.

Jelas beliau, teguran itu dilakukan kerana pemimpin-pemimpin berkenaan mempromosi pertembungan di sebalik suara mahukan penyatuan.

“Saya mesra UMNO dan mesra Pas kerana itulah semangat cita-cita penyatuan Pas dan UMNO dan akan kekal mesra kedua-dua pihak.

“Saya dilihat sepentas dengan UMNO dalam banyak program dan saya bersedia sepentas dengan Pas dalam apa sahaja program.

“Cuma barangkali sentimen saya ‘berhenti’ Pas menjadi hambatan sementara,” katanya.

Mohd Khairuddin menambah, peruntukan Kerajaan Persekutuan sebagai ahli parlimen Kuala Nerus telah diagihkan kepada semua rakyat daripada Pas dan UMNO apabila dimohon.

Katanya, beliau kekal membantu Pas dari belakang untuk berprogram di seluruh Malaysia yang memerlukan kewangan meskipun namanya tidak pernah disebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This