Jasa Ratu Elizabeth II kekal hubungan baik UK dengan Malaysia sentiasa dikenang – PM

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan rasa sedih kepada seluruh kerabat diraja Baginda, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Mewakili seluruh Keluarga Malaysia, Perdana Menteri berkata, baginda yang juga pemerintah paling lama dalam sejarah dunia terkenal dengan sifat yang dedikasi dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

“Jasa baginda mengekalkan hubungan baik United Kingdom dan negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia sentiasa diingati dan dihargai.

“Saya berharap keluarga diraja Baginda dan rakyat terus tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri menyifatkan kemangkatan baginda, benar-benar suatu kehilangan yang amat besar kepada negara Komanwel dan dunia.

Baca: Ratu Elizabeth II mangkat di Scotland pada usia 96 tahun

Raja baharu Britain dikenali Raja Charles III

Ratu Elizabeth II, 96, menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarga di sebuah istana di Aberdeenshire, Scotland pada Khamis.

Baginda yang merupakan monarki Britain paling lama berada di atas takhta dilaporkan mengalami masalah kesihatan sejak setahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This