Ratu Elizabeth II mangkat di Scotland pada usia 96 tahun

Dari Penulis

MONARKI Britain yang paling lama berkhidmat, Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada usia 96 tahun di Aberdeenshire, Scotland, kata Istana Buckingham pada Khamis.

“Ratu Elizabeth II menghembus nafas terakhir di Istana Balmoral petang ini,” kata pihak istana.

Kemangkatan baginda bermulanya tempoh berkabung selama 12 hari.

Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, sekali gus melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain.

Ratu Elizabeth II mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu akibat usia tua.

Baginda terpaksa membatalkan banyak acara atas nasihat doktor.

Ratu Elizabeth merupakan monarki Britain paling lama di atas takhta.

Baca: Suami Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 99 tahun

Penampilan terakhirnya di khalayak ramai adalah semasa sambutan Jubli Platinum pada bulan Jun menandakan 70 tahun baginda di atas takhta.

Satu kenyataan pada waktu tengah hari Khamis mengatakan baginda berada di bawah “pengawasan perubatan” di Istana Balmoral di Aberdeenshire, Scotland.

Semua anak baginda, Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, berkumpul di Istana Balmoral di tanah tinggi Scotland.

Menyertai mereka ialah anak Charles, Putera William, dan adiknya Putera Harry.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This