SEBUTIR bom lama Perang Jepun seberat 50 kilogram ditemui di kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highland pada petang Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga pada pukul 4.43 petang semalam.
Beliau berkata, pengadu dan rakan telah menjumpai bom itu tertanam sebahagiannya ketika sedang memancing di kawasan air terjun pada pukul 2 petang.
“Siasatan mendapati bom lama terbabit telah tertanam di kawasan tebing sungai dan tidak aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Bom Perang Dunia Kedua ditemui dekat Kepong
Jelasnya, bom terbabit telah dijatuhkan dari kapal terbang semasa perang Jepun.
“Bom tersebut berukuran 1.06 meter ukur lilit dan panjang,” katanya.
Suffian berkata, sepasukan Unit Bom dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil tindakan memusnahkan bom pada pukul 2.50 petang tadi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak gusar dan sebarang maklumat boleh disalurkan di talian 03-60641223.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

