SEORANG penghantar makanan tidak sempat melarikan diri bersama barang curian selepas ditangkap jurujual kedai serbaneka di Jalan Pandan Indah, Ampang, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, jurujual berusia 26 tahun telah melihat suspek memasukkan pelbagai barangan runcit ke dalam beg plastik.
Beliau berkata, suspek telah keluar dari kedai tanpa membuat pembayaran sebelum jurujual dan rakan bertindak mengejar suspek.
“Suspek berusia 28 tahun berjaya ditahan di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Penganggur curi kabel ditahan polis tak sampai 24 jam
Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dadah dan direman selama empat hari sehingga Ahad.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

