PERLAWANAN akhir Piala FA 2022 menyaksikan pasukan Johor DT berjaya menumpaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 3-1.
Berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hasrat JDT untuk meraih kejuaraan kedua dalam sejarah Piala FA tercapai hasil jaringan Arif Aiman dan Bergson Da Silva.
Biarpun kedua-dua pasukan menerapkan formasi yang sama iaitu 4-3-3, JDT tampak lebih agresif dan prolifik berbanding Terengganu yang lebih pasif bertahan.
Baca lagi: JDT buat Terengganu gigit jari di laman sendiri
Gol pertama perlawanan terhasil menerusi jaringan Arif Aiman pada minit ke-36, selepas pemain muda itu meletakkan JDT di hadapan menerusi satu cut inside dan lencongan rendah menewaskan penjaga gol.
Kesilapan pemain Terengganu yang menjatuhkan Bergson dalam kotak penalti memberi satu lagi gol buat JDT pada minit ke-60. Penalti itu disempurnakan Bergson sendiri.
Terengganu kemudian berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-76 hasil jaringan Tchetche Kipre.
Begitupun, JDT memadamkan api kebangkitan Terengganu selepas Bergson sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-78.
Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

