Minta rasuah RM100,000: Tiga individu termasuk pegawai polis ditahan

Dari Penulis

Tiga individu termasuk dua pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis bagi menutup kes disiasat SPRM.

Menurut sumber, dua pegawai polis berpangkat Inspektor dan Sarjan berusia 30-an serta seorang pengurus pentadbiran syarikat ditahan secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur semalam. 

Sumber berkata pengurus itu ditahan ketika menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 iaitu sebahagian daripada jumlah yang diminta daripada mangsa.

“Pengurus pentadbiran syarikat itu berperanan sebagai orang tengah bagi meminta dan menerima wang rasuah,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Rasuah elak saman tak ada cukai jalan, dua polis direman

Sumber berkata pengurus tersebut kini direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin depan setelah SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua pegawai polis telah dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This