Penceramah bebas disyaki lakukan amang seksual ditahan polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penahanan seorang penceramah bebas yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja bawah umur pada petang kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima empat laporan daripada mangsa berusia 17 hingga 18 tahun di Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan, Shah Alam dan Kajang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 40-an telah berkenalan dengan mangsa semasa mengadakan program motivasi di sekolah sekitar Selangor.

Katanya, suspek didakwa telah bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua mangsa hasil daripada perkenalan tersebut.

“Sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah telah membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 4 petang kelmarin di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca artikel berkaitan: Rogol remaja 14 tahun, penceramah bebas ditahan polis

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana ianya akan menjejaskan siasatan serta boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pihak polis, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan secara tegas mengikut peruntukkan undang-undang kepada pihak yang didapati cuba mengelirukan masyarakat dengan menyebarkan sesuatu berita atau isu yang tidak tepat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This