SEORANG penceramah bebas ditahan petang semalam selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu kira-kira pukul 11.15 malam.

Katanya, hasil siasatan mendapati, mangsa telah berkenalan dengan suspek berusia 30-an pada bulan Mei 2021.

“Difahamkan, mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza selepas perkenalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 4.50 petang semalam.

Baca artikel berkaitan : Guru mengaji hadapi 17 tuduhan rogol, jenayah seksual ke atas murid

“Polis juga telah mendapat kebenaran reman dari Mahkamah Majistret Sungai Besar selama lima hari sehinga Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak melibatkan mangsa yang sama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram