Selepas MARA, JPA juga diarah semak semula elaun pelajar – PM

Dari Penulis

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) diarahkan untuk turut menyemak semula kadar elaun sara hidup bagi pelajar tajaan JPA.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemui media pada sebuah majlis di Bangi hari ini.

Ketika berucap di majlis tersebut, beliau mengumumkan kenaikan elaun sara hidup (ESH) pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara dinaikkan berkuat kuasa serta-merta.

Kenaikan ESH kepada pelajar tajaan MARA ini bakal melibatkan seramai 62,998 orang berkuat kuasa September 2022.

Menurut Ismail Sabri, untuk elaun JPA ini, beliau telah bercakap dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan soal semakan kini dalam proses.

Baca: PM umum elaun pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara naik serta-merta

Kajian elaun sara hidup pelajar tajaan Mara dibentang ke kabinet hujung bulan

“Saya beritahu jangan ada perbezaan ketara antara MARA dan penaja pinjaman lain… saya tahu ada tajaan jauh lebih tinggi tetapi kadar minimun (tajaan) patut sama.

“JPA akan selaraskan dengan kadar tajaan lain sekali supaya kadar yang kita tetapkan hampir sama dengan seluruh tajaan,” katanya seperti dilapor Bernama selepas program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia yang dihadiri hampir 3,000 pelajar tajaan MARA.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kajian semula elaun pelajar tajaan agensi tertentu dilakukan berikutan peningkatan kos sara hidup di peringkat global.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This