24 kenderaan rosak langgar tumpahan diesel dekat Setiu

Dari Penulis

SEBANYAK 24 buah kenderaan dilaporkan rosak selepas terbabas akibat terlanggar tumpahan minyak diesel di Setiu awal pagi tadi.

Tumpahan diesel itu berlaku di sepanjang 14 kilometer dari Kampung Penarik sehingga persimpangan lampu isyarat Bandar Permaisuri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, kejadian terbabit membabitkan 11 buah kereta dan 13 motosikal

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.02 pagi.

Katanya, sepasukan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Berang dikerahkan ke lokasi kejadian di Kampung Buruk.

“Anggota bomba membuat pembersihan tumpahan minyak dengan menggunakan habuk kayu dan gelung hos bagi memastikan jalan selamat untuk digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Ajal diesel tertumpah atas badan

Jelasnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan operasi tamat pada pukul 3.40 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This