SEORANG pemandu lori rentung selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Selangor, pukul 11.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, mangsa berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Serendah menuju ke Tapak Pusat Pelupusan Sampah Sungai Sabai, Kalumpang.

“Setiba di tempat kejadian, lori dipandu manga hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik dan terjatuh ke ladang kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan terbabit, minyak diesel kenderaan itu telah tertumpah ke atas badan mangsa dan kemudian terbakar.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : BMW terbabas sebelum pemandu rentung – polis

Sehubungan itu, saksi diminta menyalurkan maklumat kejadian kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram