PENGGUBALAN Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) sehingga 2030 akan memberi tumpuan kepada tiga tunjang utama bagi memperkasa sektor bioteknologi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga tunjang utama itu adalah bioteknologi pertanian dan jaminan makanan; penjagaan kesihatan dan kesejahteraan serta bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran.
Menurut Perdana Menteri, DBN 2.0 menambah baik strategi dalam DBN terdahulu selaras perkembangan trend di peringkat global.
Jelas beliau, dasar tersebut juga akan memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada serta menjadi katalis dalam menyelesaikan cabaran negara berkaitan sekuriti makanan; pengurusan pandmeik dan krisis perubahan iklim menerusi kaedah penyelesaian bioteknologi tempatan.
Ismail Sabri berkata, usaha kerajaan akan dipertingkatkan dalam menggunakan sumber asli tempatan secara mampan untuk input pertanian, ternakan dan hasil marin serta akuakultur bernilai tinggi.
“Ekosistem makanan masa depan dan produk bernilai tinggi dengan menggunakan teknologi baharu serta terkini akan dibangunkan seperti superfood dan penghasilan makanan baharu yang lebih lestari.
“Bioteknologi turut memainkan peranan penting bagi sekuriti kesihatan negara untuk mengatasi penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit,” katanya.
Baca artikel berkaitan: PM peroleh perintah mahkamah supaya Lokman Adam padam kenyataan fitnah di media sosial
Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran DBN 2.0 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, dasar tersebut yang akan memacu momentum di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 juga menyasarkan lima perkara utama.
Kata beliau, ia termasuk 30 peratus syarikat Bionexus ke peringkat global dan 70 peratus syarikat Bionexus peringkat tempatan kekal aktif.
Selain itu, Perdana Menteri turut menyasarkan sokongan kepada syarikat-syarikat Bionexus yang berpotensi untuk menjadi syarikat berstatus unicorn dengan tiga syarikat bio-inovasi menjelang 2030.
Seterusnya, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan turut menyasarkan pemerkasaan institut dan institusi serta tokoh penyelidik bioteknologi tempatan bertaraf dunia menerusi DBN 2.0.
Perdana Menteri turut memaklumkan DBN 2.0 disasarkan menjana lima peratus kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) di samping 80 peratus graduan bioteknologi yang diiktiraf melalui program pentauliahan mikro dan 20 peratus graduan bioteknologi dalam program pasca siswazah.
“Cabaran dan kekangan yang dihadapi negara ketika ini adalah kekurangan modal atau pembiayaan susulan untuk pengkomersialan serta kekurangan bakat dalam kepakaran khusus.
“Bagaimanapun, segala permasalahan ini mampu ditangani jika semua pihak berkepentingan menggembleng tenaga untuk menyokong ekosistem bioteknologi negara termasuk menyediakan persekitaran yang kondusif agar dapat menambah jumlah kepakaran penyelidik tempatan bertaraf antarabangsa,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

