Goodbye Hello nyanyian Ernie Zakri & Syamel rangkul trofi Lagu Terbaik AIM23

Dari Penulis

LAGU Goodbye Hello yang dinanyikan oleh Syamel dan Ernie Zakri dinobatkan sebagai Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung meriah di Wisma MBSA, Shah Alam, malam tadi.

Lagu hasil ciptaan Syamel, Ernie, Faizal Tahir dan Mike Chan itu sekaligus layak membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM50,000.

Sementara itu, penyanyi rap popular Yonnyboii pula merangkul kategori Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version) yang melayakkan dirinya membawa pulang DKD bernilai RM200,000.

Yonnyboii

Dalam pada itu, penyanyi Dayang Nurfaizah yang mendapat pencalonan terbanyak iaitu enam untuk empat kategori dipertandingkan juga memenangi Rakaman Lagu Terbaik menerusi lagu Tudung Periuk.

Dayang juga menerima DKD sebanyak RM50,000.

Penyanyi Janna Nick juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila lagu Gatal turut diangkat sebagai Video Muzik Terbaik yang merupakan arahan Chuan Looi.

Janna Nick

Janna layak menerima DKD bernilai RM20,000.

Manakala bagi kategori Artis Baru Terbaik pula dimenangi penyanyi Vanessa Reynauld.

Vanessa Reynauld

Dia turut menerima DKD berjumlah RM50,000.

Pengacara Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Azad Jasmin diberi mandat untuk mengacarakan malam penuh berprestij itu.

Barisan artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella, Marsh Milan, Nikki Palikat dan Aina Abdul tidak ketinggalan memeriahkan pentas dengan persembahan penuh bertenaga.

Persembahan daripada Siti Nurhaliza dan Liza Hanim

Untuk rekod, AIM pada tahun ini menerima 650 pencalonan awal untuk karya yang diterbitkan bagi bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 selepas lima tahun tidak dianjurkan.

Berikut ialah senarai lengkap AIM23

Artis Baru Terbaik – Vanessa Reynauld

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Arddley Nicholas (Pilu)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Ernie Zakri (Sinar Mata Hati)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) – V.E (Tunggu)

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Shila Amzah & Liza Hanim (Bahagiakan Dia)

Kulit Single/Album Terbaik – Adat Kasih (Ziha Salleh)

Video Muzik Terbaik – Gatal (Janna Nick)

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama – Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik – Fun, Lust, Love (Late Night Frequency)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Game Of Charades (Sophia Zuhri)

Lagu Cina Tempatan Terbaik – With (Uriah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

Lagu Rock Terbaik – Tugu Ugut (SOG)

Lagu Pop Terbaik – Goodbye Hello (Syamel & Ernie Zakri)

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik – CHIO (Joe Flizzow)

Lagu Pop Etnik Terbaik – Adat Kasih (Ziha Salleh)

Lagu Nasyid Terbaik – Thank You Allah 

(Datin Alyah ft Cat Farish dan Ustaz Haris)

Album Terbaik – Deluxe Version (Yonny Boii)

Lagu Terbaik – Goodbye Hello (Syamel & Ernie Zakri)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This