‘Miming’ ketika bawa lagu Gatal, Janna Nick minta maaf memalukan AIM23

Dari Penulis

PENYANYI Janna Nick membuat pendedahan apabila dia terpaksa memilih untuk ‘miming’ ketika menyanyikan lagu Gatal di pentas Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) disebabkan masalah kesihatan.

Janna, menerusi hantaran di Instagram miliknya, memohon maaf kerana telah memalukan majlis anugerah buat penggiat seni yang cukup berprestij.

“Saya minta maaf kerana di anggap memalukan AIM23 kerana ‘miming’ di pentas anugerah berprestij. Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.

“Ketika pertama kali ditawarkan, saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza B pada dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.

“Saya meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar, pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music sebab sama-sama usaha kemablikan suara saya,” tulisnya.

Terdahulu, netizen mengkritik nyanyian Janna di AIM23 yang didakwa ‘miming’ dan tindakannya itu dikatakan memalukan kerana tidak mampu menyanyi secara ‘live’ di atas pentas gilang gemilang seperti itu.

Namun, ada juga yang bersetuju dengan tindakan Janna kerana jika dia menyanyi secara ‘live’, kualiti suaranya akan terganggu dek masalah kesihatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This