Pan Gon kekalkan majoriti pemain untuk Piala Raja Thai, Brendan turut tersenarai

Dari Penulis

KETUA Jurulatih Skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon mengekalkan 17 daripada 23 pemain yang melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023, bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand bermula dari 22 hingga 25 Sept ini di Chiang Mai.

Antara lapan pemain baharu yang dipanggil adalah tiga pemain muda berusia 21 tahun daripada Skuad Bawah-23 Tahun Kebangsaan iaitu penjaga gol Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad dan Mukhairi Ajmal Mahadi.

Jurulatih berusia 53 tahun itu turut menyenaraikan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (penjaga gol), Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Gan, Zhafri Yahya dan Declan Lambert.

Kali terakhir Brendan beraksi untuk skuad kebangsaan adalah ketika menewaskan Thailand 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai pada Jun 2021, sebelum beliau disahkan menghidap kanser.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat bermula dari 16 hingga 19 Sept ini di Wisma FAM, sebelum berlepas ke Chiang Mai.

BERITA BERKAITAN Harimau Malaya naik tujuh tangga, kini 147 dunia

Pada saingan empat penjuru itu, Malaysia yang menduduki ranking dunia ke-148, diundi menentang Thailand (111) pada 22 Sept (Khamis), manakala Trinidad & Tobago (101) akan bertemu Tajikistan (109).

Pemenang kedua-dua perlawanan akan bertemu pada final yang dijadualkan pada 25 Sept, manakala pasukan tewas akan merebut tempat ketiga.

Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali, iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Senarai 25 pemain yang dipanggil:

  1. Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC
  2. La’Vere Lawrence Corbin-Ong – Johor Darul Ta’zim FC
  3. Muhammad Nazmi Faiz Mansor – Johor Darul Ta’zim FC
  4. Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC
  5. Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC
  6. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC
  7. Mohamadou Sumareh – Johor Darul Ta’zim FC
  8. Matthew Davies – Johor Darul Ta’zim FC
  9. Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC
  10. Sharul Nazeem Zulpakar – Selangor FC
  11. Brendan Gan – Selangor FC
  12. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC
  13. Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC
  14. Muhammad Rahadiazli Rahalim – Terengganu FC
  15. Muhammad Azam Azmi Murad – Terengganu FC
  16. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi – Petaling Jaya City FC
  17. Darren Lok – Petaling Jaya City FC
  18. Ruventhiran Vengadesan – Petaling Jaya City FC
  19. Ahmad Khuzaimi Piee – Negeri Sembilan FC
  20. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – Negeri Sembilan FC
  21. Zhafri Yahya – Kuala Lumpur City FC
  22. Declan Lambert – Kuala Lumpur City FC
  23. Dominic Tan – Sabah FC
  24. Muhamad Nor Azam Abdul Azih – Sri Pahang FC
  25. Dion-Johan Cools – FK Jablonec

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This