Terengganu FC tetap wira di jiwa kami – Ahmad Samsuri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN terpaksa menggigit jari pulang hampa selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT), namun pemain Terengganu FC (TFC) tetap dianggap sebagai wira dalam perlawanan akhir Piala FA, malam tadi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyifatkan pemain telah melakukan segala yang termampu dalam perlawanan itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JDT yang meraih kejuaraan kedua selepas kali terakhir membenam PKNS pada tahun 2016.

“Walau apa jua keputusannya, Terengganu tetap wira di jiwa kami dan telah buat yang terbaik. Tahniah Terengganu FC.

“Tahniah JDT atas kemenangan yang diraih,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri turut menasihatkan penyokong TFC supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Selamat kembali ke tempat masing-masing, hati-hati dalam perjalanan dan tak perlu tergesa-gesa memandangkan esok (hari ini) cuti peristiwa.

Baca artikel berkaitan: JDT benam Terengganu 3-1

“Tetap teguh bersama dan Insya-Allah kita bangkit kembali nanti!,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sambil mengiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam perlawanan malam tadi, TFC terpaksa berputih mata apabila tumpas 1-3 kepada JDT sekali gus gagal menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2011.

Pemain import JDT dari Brazil, Bergson Da Silva menjadi wira pasukan itu setelah menyumbat dua gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-60 dan 78.

Satu lagi gol JDT disumbangkan pemain berbakat, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-36.

Gol tunggal TFC pula dijaringkan kapten pasukan, Tchetche Kipre pada minit ke-76.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This