Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun. GAMBAR: Abd Razak Aid

VIDEO promosi tular di media sosial yang dikatakan merendahkan golongan wanita dianggap cuba disensasi dan dipolitikkan sesetengah pihak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun turut menyifatkan perkara utama yang perlu diambil pengajaran daripada video tular itu adalah menyahut seruan untuk membuktikan wanita mampu bangkit daripada segala masalah.

“Kita kena buktikan kita boleh. Kita kena lihat dari sudut positif untuk membuktikan mereka yang mengata kepada kita, bahawa kita sebenarnya jauh lebih hebat.

“Saya kira dalam waktu sekarang, kita jangan hanya mahu mempolitikkan semua benda. Kita kena lihat kandungan dan matlamat program itu. Ini paling penting,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Mengulas lanjut, Rina berkata, program Keusahawanan Wanita Bangkit yang dilaksanakan kementeriannya itu menerima sambutan amat menggalakkan jumlah peserta mencecah 1,600 orang.

Kata beliau, jumlah berkenaan melepasi sasaran seramai 1,000 peserta.

“Apa yang lebih penting ramai yang mahukan pembelaan, ramai yang mahu dibantu. Kalau Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut) nak membantu, kita alu-alukan.

“Untuk kita sama-sama membantu wanita memerlukan bukan hanya mahu bercakap saja tapi tidak melakukan,” katanya mengulas kritikan Hannah berkaitan kandungan video yang tular itu.

Baca artikel berkaitan: Rina tolong fokus isu penting, jangan keluar selepas viral sahaja – Norliza

Dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok Rina itu, Rosyam dikatakan menggunakan bahasa yang kasar terhadap golongan wanita.

Video yang difahamkan merupakan promosi kepada Program Keusahawanan Wanita [email protected] bermula hari ini itu memaparkan Rosyam mengatakan wanita ‘suka bangun lambat’ dan akan ‘membelasah’ mereka yang berjumpanya.

Terdahulu, Hannah dalam kenyataan menggesa supaya Rina dipecat sebagai menteri kerana telah menjatuhkan imej portfolio yang disandangnya.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut merasa sedih melihat agensi serta kumpulan sasar di bawah kementerian itu dipergunakan Rina untuk tujuan promosi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram