Lelaki ditangkap selepas curi rantai emas bernilai RM1,500

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditangkap orang awam di hadapan sebuah pasar raya di Taman Sri Muda, Shah Alam, selepas mencuri dua utas rantai emas, pukul 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada jurujual kedai emas terbabit pada pukul 1.05 petang.

Beliau berkata, suspek berusia 34 tahun bekerja di kedai aksesori kenderaan.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kes kini disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-980 2652.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This