BN sedia tawan semula hati rakyat Pulau Pinang – Ismail Sabri

Dari Penulis

SEMANGAT yang ditunjukkan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membuktikan gabungan politik itu telah bersedia menawan semula hati rakyat di negeri berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semangat itu diperlihatkan semasa pertemuan dengan anggota BN Pulau Pinang malam semalam, bagi merapatkan lagi silaturrahim bersama pemimpin dan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata golongan muda akan sentiasa menjadi keutamaan kepada BN, justeru parti perlu mempertingkatkan gerak kerja bagi memahami masalah dihadapi golongan berkenaan yang kini menjadi pengundi seawal usia 18 tahun.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon Barisan Nasional pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang bakal tiba,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This