SEORANG askar wataniah wanita maut selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat, Tangkak, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, mangsa Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, mati akibat kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, kereta mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Kenderaan mangsa kemudian masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Baca artikel berkaitan : Wanita maut kereta bertembung lori sawi

Tambahnya, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

“Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera,” katanya.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, anggota tentera dan pemandu trak terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram