Gandingan mantap Zamarul Hisham dan Bella Astillah dalam Aku Tanpa Cintamu

Dari Penulis

SETELAH sekian lama tidak memegang watak hero kegemaran ramai, Zamarul Hisham kini kembali ke kaca skrin TV3 dengan gandingan hebat bersama Bella Astillah dalam drama terbaharu Aku Tanpa Cintamu.

Watak antagonis Zamarul sebagai Adam seolah nakhoda yang mengawal setiap gerak geri Nuha yang dilakonkan oleh Bella.

Aku Tanpa Cintamu menemui penonton di slot Samarinda mulai 15 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 15 episod itu adalah terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan arahan Emi Suffian.

Selain Zamarul dan Bella, drama yang menyuntik pelbagai perasaan daripada penonton ini turut menggandingkan pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Datuk Seri Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Sejak mula berkenalan di set penggambaran, Adam (Zamarul Hisham) merasakan seorang pelakon tambahan dalam drama diarahkannya, Nuha (Bella Astillah) menepati ciri-ciri isteri yang dicari.

Nuha dilihat sebagai seorang wanita yang mudah dikawal dan dibentuk oleh Adam. Dalam pada masa yang sama, dia telah mula mengatur langkah untuk memenangi hati Nuha dan ingin menjadikan Nuha sebagai isterinya.

Adam mula menunjukkan segala kebaikan untuk mendapatkan kepercayaan Nuha kepadanya, membuatkan Nuha terpedaya dengan perwatakan Adam.

Walau usia perkenalan mereka sangat singkat, Adam dan Nuha nekad untuk mendirikan rumah tangga. Namun, perasaan bahagia di fasa awal perkahwinan mereka mula pudar dan topeng Adam mulai terbuka sedikit demi sedikit.

Adam yang disangkakan seorang yang baik dan penyayang semakin mengawal pergerakan dan perbualan Nuha. Selepas dijauhkan daripada keluarga dan rakan-rakannya, semua yang dilakukan Nuha serba kekurangan di mata Adam.

Seluruh hidupnya semata-mata untuk memenuhi cita rasa dan keperluan Adam yang melampau. Nuha mula merasakan bahawa ini bukanlah perkahwinan yang diimpikannya.

Dapatkah Nuha mencapai kebahagiaan yang dicari? Mampukah Nuha bertahan dan menempuh segala dugaan dalam hidupnya bersama Adam? Jangan ketinggalan untuk menonton drama Aku Tanpa Cintamu yang menarik dan menyayat hati ini melalui slot Samarinda.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This