Kalau PRU-15 diadakan semasa banjir sekalipun, kita sanggup turun berkempen – Ahmad Zahid

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) sedia untuk berkempen dalam banjir sekalipun tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ditetapkan pada musim banjir.

Itu kata-kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai gesaan untuk menyegerakan PRU-15.

Menurut Ahmad Zahid, BN ketika ini sudah bersedia dari segenap aspek untuk menghadapi pilihan raya dan berharap pembubaran Parlimen dilakukan dengan kadar segera.

“Kalau Perdana Menteri kata masa bajir sekalipun, kita sanggup untuk turun berkempen.

“Seperti yang kita tahu, semasa banjir BN lebih banyak turun daripada parti-parti lain,” katanya disahut dengan laungan bubar parlimen oleh ribuan Pemuda BN.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Pergerakan Pemuda BN di Stadium Titiwangsa hari ini.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Presiden MCA Kebangsaan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin-pemimpin tertinggi BN yang lain.

Lebih 10,000 ahli BN dari seluruh negara turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Laungan bubar parlimen acap kali bergema ketika mana Ahmad Zahid menyebut mengenai tarikh pilihan raya.

Baca lagi: Sikit lagi untuk PRU-15, saya akan bincang dengan Presiden, kata Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau dan Ismail Sabri tidak mempunyai sebarang permasalahan seperti mana didakwa sesetengah pihak.

Jelas Ahmad Zahid, beliau dan Ismail Sabri mempunyai hubungan yang baik dan sedia berbincang mengenai tarikh sesuai untuk diadakan pilihan raya.

“Ramai yang melihat bahasa tubuh saya yang duduk di sebelah Perdana Menteri di atas pentas ini.

“Jangan risau, kita tidak ada masalah dengan Perdana Menteri asalkan PRU-15 diadakan pada tahun ini.

“Isyarat yang ditunjukkan akar umbi sangat jelas dan kuat, lima kepimpinan tertinggi telah memberi mandat kepada kita berdua.

Berbincang dah beberapa kali, tetapi tarikh belum ditentukan lagi” katanya secara berseloroh.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau berharap Perdana Menteri akan membuat keputusan selepas pulang dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) nanti.

Jelasnya, beliau juga akan membuat jelajah solidariti dengan Perdana Menteri untuk mendekati penyokong di semua peringkat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This